Wednesday, October 22, 2008

Syawal dipenghujungnya.....



Hari ini sudah 22 hari kita menyambut Bulan Syawal, nampaknya syawal sudah hampir ke penghujungnya.

Mungkin banyak peristiwa suka mahu pun duka yang dilalui pada perayaan ini. Bagi yang berkesempatan balik raya ke kampung halaman yang jauh nun di sana, tentulah peluang ini di ambil bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan yang sememangnya sedia terjalin. Manakala bagi mereka yang tak sememangnya tidak 'perlu' balik kampung atau bukan giliran balik kampung untuk tahun ini, sudah tentu ia dirayakan dengan kemeriahan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Acara Rumah Terbuka juga semakin menjadi budaya sekarang ini, terutama bagi yang ingin meraya rakan-rakan yang tidak berkesempatan beraya pada awal bulan Syawal, hampir setiap hujung minggu ada saja jemputan Rumah Terbuka, pagi hingga ke malam sentiasa ada jemputan.
Rumah Terbuka ini juga bagi memudahkan tuan rumah berkenaan merayakan dengan rakan, sahabat andai tidak mengira agama ataupun bangsa mahupun keluarga dalam pada satu masa yang telah ditetapkan. Tidak seperti hari Raya Pertama hingga Ketiga, yang pada masa itu aktiviti kunjung mengunjung amat 'rancak' dilakukan.

Pada bulan Syawal ini juga satu lagi perayaan akan di sambut iaitu pada 28 Oktober. Deepavali akan menyusul pulak. Bagi masyarakat Malaysia ia sudah menjadi satu perayaan kebangsaan, sama-sama diraikan, itulah masyarakat majmuk namanya, harmoni dan bersatu padu.

Semoga keceriaan Syawal ini akan menjadi pemangkin kearah Perpaduan dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

No comments: