Thursday, November 6, 2008

Biar dia berdikari...







Pada minggu lepas anak perempuan saya telah menyertai Program Kapal Layar, yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Labuan (MSL) dibawah kendalian jurulatih En. Francis Joseph. Rasa bercampur baur sebenarnya apabila melepaskan anak saya menyertai acara sukan ini.

Risiko memang ada, dan begitu pun setiap jenis sukan tetap ada risikonya. Kegusaran ini sebenarnya lebih kepada jenis sukan yang disertai, ia sebanarnya dalam ketagori Sukan X-Treme. Al-maklum lah gelanggangnya di laut lepas, jika dibanding dengan sukan badminton, squash atau bola sepak yang 'tempat bermainnya' di kawasan yang kurang 'gangguan' dari faktor cuaca dan sebagainya.

Namun begitu melihat semangat dan keyakinan anak saya sendiri berada diatas kapal layar secara solo walaupun baru hanya menjalani 2 kali sesi latihan. Hati saya turut sama teruja dan yakin yang dia boleh melakukannya, dan memang dia boleh melakukannya lihat sahaja gambar-gambar yang saya paparkan.

Sebenarnya sukan Kapal Layar ini dapat mendidik pelayar itu sendiri HIDUP BERDIKARI dan BERKEYAKINAN terhadap apa jua tindakan yang diambil. Dan atas faktor inilah juga saya 'membenarkan' anak saya menyertai sukan ini.

Saya sebagai ayah amat mengharapkan agar dia terus berusaha memantapkan lagi semangat dan minat yang sememang berkobar-kobar dalam sukan ini. Dengan bimbingan jurulatih yang ada serta rakan-rakan sepelatih yang lebih senior ia akan dapat mempertajamkan ilmu dalam sukan Kapal Layar ini.