Friday, December 5, 2008

Aidiladha....

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi Umat Islam diseluruh dunia akan marayakan Hari Raya Aidiladha. Bagi yang mengerjakan Ibadah Haji di Mekah ini adalah acara kemuncaknya dengan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Mekah Al-Mukharamah.

Bagi umat islam yang lain Ibadah Korban menjadi satu aktiviti yang sering kita dengari disegenap pelusuk negara kita, Malaysia. Kerbau, Lembu, Kambing dan sejak kebelakangan ini Unta juga dijadikan binatang korban. Bagi yang belum pernah melihat unta dengan lebih dekat inilah peluangnya. Ibadah ini dilakukan dalam lingkungan 3 hari selepas mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aidilahda.

Apa yang kita harapkan dan doakan agar ketibaannya Hari Raya Aidiadha ini nanti, akan membawa lebih kerahmatan kepada seluruh umta Islam khususnya dan seluruh makhluk Allah diserata dunia amnya.

Renungilah dan Insafilah diri kita dengan Mua'sabah Diri, sejauh mana kita sudah berada dengan Nikmat Usia yang telah Allah berikan. Pencapaian dalam hidup kita adalah Hak Individu itu sendiri. Sejauh mana kita mampu berusaha kearah Kerahmatan yang Maha Esa.

Seperti juga maklum bahawa 2008 sudah hampir kepenghujungnya.

Thursday, November 6, 2008

Biar dia berdikari...







Pada minggu lepas anak perempuan saya telah menyertai Program Kapal Layar, yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Labuan (MSL) dibawah kendalian jurulatih En. Francis Joseph. Rasa bercampur baur sebenarnya apabila melepaskan anak saya menyertai acara sukan ini.

Risiko memang ada, dan begitu pun setiap jenis sukan tetap ada risikonya. Kegusaran ini sebenarnya lebih kepada jenis sukan yang disertai, ia sebanarnya dalam ketagori Sukan X-Treme. Al-maklum lah gelanggangnya di laut lepas, jika dibanding dengan sukan badminton, squash atau bola sepak yang 'tempat bermainnya' di kawasan yang kurang 'gangguan' dari faktor cuaca dan sebagainya.

Namun begitu melihat semangat dan keyakinan anak saya sendiri berada diatas kapal layar secara solo walaupun baru hanya menjalani 2 kali sesi latihan. Hati saya turut sama teruja dan yakin yang dia boleh melakukannya, dan memang dia boleh melakukannya lihat sahaja gambar-gambar yang saya paparkan.

Sebenarnya sukan Kapal Layar ini dapat mendidik pelayar itu sendiri HIDUP BERDIKARI dan BERKEYAKINAN terhadap apa jua tindakan yang diambil. Dan atas faktor inilah juga saya 'membenarkan' anak saya menyertai sukan ini.

Saya sebagai ayah amat mengharapkan agar dia terus berusaha memantapkan lagi semangat dan minat yang sememang berkobar-kobar dalam sukan ini. Dengan bimbingan jurulatih yang ada serta rakan-rakan sepelatih yang lebih senior ia akan dapat mempertajamkan ilmu dalam sukan Kapal Layar ini.

Thursday, October 30, 2008

Penghujung Syawal





Hari ini 29 Syawal bermakna esok kita telah mula melangkah ke bulan Zulkaedah.
Semoga kita akan bertemu kembali dengan Syawal yang akan datang.

Wednesday, October 22, 2008

Syawal dipenghujungnya.....



Hari ini sudah 22 hari kita menyambut Bulan Syawal, nampaknya syawal sudah hampir ke penghujungnya.

Mungkin banyak peristiwa suka mahu pun duka yang dilalui pada perayaan ini. Bagi yang berkesempatan balik raya ke kampung halaman yang jauh nun di sana, tentulah peluang ini di ambil bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan yang sememangnya sedia terjalin. Manakala bagi mereka yang tak sememangnya tidak 'perlu' balik kampung atau bukan giliran balik kampung untuk tahun ini, sudah tentu ia dirayakan dengan kemeriahan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Acara Rumah Terbuka juga semakin menjadi budaya sekarang ini, terutama bagi yang ingin meraya rakan-rakan yang tidak berkesempatan beraya pada awal bulan Syawal, hampir setiap hujung minggu ada saja jemputan Rumah Terbuka, pagi hingga ke malam sentiasa ada jemputan.
Rumah Terbuka ini juga bagi memudahkan tuan rumah berkenaan merayakan dengan rakan, sahabat andai tidak mengira agama ataupun bangsa mahupun keluarga dalam pada satu masa yang telah ditetapkan. Tidak seperti hari Raya Pertama hingga Ketiga, yang pada masa itu aktiviti kunjung mengunjung amat 'rancak' dilakukan.

Pada bulan Syawal ini juga satu lagi perayaan akan di sambut iaitu pada 28 Oktober. Deepavali akan menyusul pulak. Bagi masyarakat Malaysia ia sudah menjadi satu perayaan kebangsaan, sama-sama diraikan, itulah masyarakat majmuk namanya, harmoni dan bersatu padu.

Semoga keceriaan Syawal ini akan menjadi pemangkin kearah Perpaduan dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Monday, October 6, 2008

Bercucul tradisi kita...






Sejak zaman berzaman BERCUCUL adalah seperti satu kemestian apa bila tibanya Hari Raya Aidilfitri, terutama bagi kita yang tinggal di kampung.
Meskipun lampu eletrik sekarang lazim digunakan sebagai cucul, dengan cahaya yang berwarna warni, tetapi sentuhan cucul-cucul tradisi yang menggunakan buluh, kelapa, tin atau bahan-bahan semulajadi yang lain masih juga diminati.

Tetapi dengan harga minyak tanah yang agak tinggi ketika ini, jumlah cucul yang dipasang agak berkurangan. Namun begitu ia tetap terus bergermelapan terutama pada Malam 7 Likur dan sehingga Hari Raya Ke-5, cucul masih tetap dipasang. Cuaca juga salah satu cabaran kepada 'pemilik-pemilik' cucul ini. Apa tidaknya, bila hujan turun maka dengan sepantasnya cucul harus di 'bangkit'...... heheheheheh.. ni yng best ni.. satu keluarga turut bekerjasama.

Bagi sesetengah kampung pula Pertandingan Bercucul turut dianjurkan sempena Aidilfitri ini. Hadiah bukan ukuran sebenarnya tetapi nilai-nilai positif yang ada didalamnya itulah yang amat penting, seperti Nilai-nilai Kerjasama antara peserta dan ikatan silaturahim yang dapat dipereratkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, September 18, 2008

Separuh Ramadan..


Hari ni sudah 18 Ramadan, bermakna telah lebih separuh bulan ini hendak menuju penghujungnya.
Bila terbenamnya matahari maka umat Islam akan berbuka puasa, dengan itu juga bermakna bulan Ramadan Al-Mubarak ini akan meninggalkan kita.

Hari demi hari ia akan mula bergerak meninggalkan kita.
Bagi mereka yang tahu keberkatan bulan ini akan
terus merebut
peluang kerahmatan yang melimpah.

Semoga Ramadan ini membawa keberkatan dan kerahmatan dari yang Esa...
Amiinn...

Wednesday, September 10, 2008

Khazanah Laut






Batuan laut atau 'coral' memang sesuatu yang menakjubkan dan berbagai rupabentuk. Bagi sesiapa yang selalu bermain-main digigi pantai pasti selalu terserempak dengan jenis-jenis batuan yang begini.

Batu begini nampak cantik apabila kita abadikan dalam bentuk gambar. Corak bagaikan ukiran yang terdapat di batu tersebut lebih jelas apabila kita menggunakan Teknik 'Macro' atau 'Closed-up'. Kadang-kadang kita juga menjumpai seperti corak bunga pada batu-batu begini, seperti pada gambar ke-4.

Batu-batu begini bagaikan mempunyai ruang-ruang udara atau seperti 'span'. Namun begitu kita juga kena berhati-hati kerana batu begini agak kasar dan tajam. Apapun jua ia amat menarik jika ia dijadikan sebagai subjek dalam gambar kita.

SAYANGI LAUT KITA...!!!

Tuesday, September 9, 2008

untuk buah hati...






Bunga Ros memang selalunya dikaitkan dengan PERCINTAAN.
Tiba saja 14 Febuari harganya akan MELONJAK tinggi, kalau pada hari biasa sekutum hanya sekitar RM2 - RM4, tapi apabila tiba tarikh tersebut harganya mencecah RM10 sekutum.

Bagi saya tarikan utama bunga ini ialah pada baunya, yang semamangnya segar terutama pada sebelah pagi. Warna bunga ini juga berbagai dan ia mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Kalau yang merah tu Cinta Sejati macam tu laa lebih kurang (salah tolong betulkan)

Mengambil gambar bunga ros ni juga membuatkan minda kita rasa damai dan ceria.
Apatah lagi bila ia diambil ketika masih segar dan masih berada dipohonnya.

Monday, September 8, 2008

Khazanah Bumi






Labuan pada lipatan sejarahnya memang terkenal dengan Perlombongan Arang Batu, tetapi sayang ia hanya tinggal 'ristaan' sejarah sahaja. Muzium Chimney adalah satu bukti terdapatnya arang batu di muzium tersebut menceritakan segalanya.

Gambar yang saya muatkan di sini adalah bukti arang batu masih wujud di Labuan. Gambar ini saya ambil di atas sebuah bukit di Labuan. Memang jelas dari rupa betuk dan struktur batuan ini adalah arang batu, apatah lagi dengan warnanya yang hitam 'pekat' dan agak berkilat.
Namun begitu mungkin juga saya salah hehehehehe..
kerana ia jenis batu yang lain, walaupun berwarna hitam.

Jika berkunjung ke Labuan jangan lupa melawati Muzium Chimney, di Kampung Tanjung Kubong, W.P. Labuan. Disini ada semua cerita tentang ARANG BATU LABUAN.
Jangan pula anda tidak tahu di Labuan pun ada sebuah kampung yang diberi nama
KAMPUNG BATU ARANG.

PULAU LABUAN TIDAK BERBUKIT,
ADA BUKIT DI BATU ARANG,
BUDI TUAN BUKAN SEDIKIT,
DARI DAHULU HINGGA SEKARANG.

Friday, September 5, 2008

Flying Boat






Walaupun dengan peralatan kamera yang standard tetapi kita masih boleh mengambil gambar yang bergerak pantas. Terutama pada acara-acara sukan sebegini. Apa yang penting kita hanya perlu tahu akan teknik yang betul dan posisi kita mengambil gambar tersebut.

Gambar diatas saya ambil di Kota Kinabalu, Sabah ketika berlangsung Perlumbaan Power Boat

Bunga api...






Mengambil gambar BUNGA API, memerlukan kesabaran dan kejituan yang tepat bila harus kita perlu menekan punat kamera kita.

Tapi percayalah kita akan tetap berpuas hati bila kita berjaya merakamnya..

Ikatan kasih...






Alam semulajadi dapat mengilhamkan kita untuk memotivasikan
diri dalam hubungan sesama insan.
'Ikatan Kasih' adalah sesuatu yang normal tertadapat
dalam diri manusia.
Namun begitu ia perlulah sentiasa di'bajai' dengan sumber-sumber yang 'segar' lagi ikhlas.
Salah satu sumber itu ialah alam semulajadi yang berada disekeliling kita, yang penting kita hanya perlu peka terhadap persekitaran.

Gambar Closed-UP






Kesemua gambar-gambar ini diambil dengan teknik MAKRO atau CLOSED-UP. Kamera Digital sekarang pasti mempunyai MODE ini sebagai fungsi yang 'standard'. Anda hanya perlu pilih simbol bunga TULIP di kamera anda maka anda akan mendapat hasil gambar-gambar yang menarik dengan berbagai objek. Teknik mengambar cara dekat ini lebih memperhalusi 'detail' sesuatu objek yang anda pilih.

Teknik ini membuatkan anda bagai berada di suatu alam yang baru, apabila melihat hasilnya.