Thursday, December 30, 2010

Penghujungnya...COTI-COTI..!!!




Lama benar aku tidak update Blog ku ni..
Semenjak Ogos lepas baru inilah aku log in semula hheeheheh..
Jika dikatakan tidak punya masa... tidak juga... tapi ya laa kan.. masing-masing punya 'mood' yang berbeza-beza.. Tapi jika FB aku selalu laa update hehehehe..

Apa cerita dipeghujung 2010 ni... Esuk 31 Disember 2010, PM kita beri Cuti Umum di atas kejayaan Skuad Harimau Malaysia menumpaskan Garuda Indonesia dengan agreget 4-2. Tahniah..!! Sekarang barulah Team Bolasepak Kebangsaan makin di hormati dan makin di sayangi oleh Rakyat Malaysia, yang pasti Ranking Malaysia di FIFA akan melonjak naik.

Okeh..!! itu cerita bola..
Pada 24-26 Disember yang lepas, sempat juga aku membawa family bercuti-cuti Malaysia bersama rakan-rakan PENGEMBARA. White Water Rafting itulah aktiviti Cuti-Cuti Malaysia ku kali ni. Bertempat di Sungai Padas, Tenom Sabah.

Kami seramai 22 orang telah mengharungi cabaran yang benar-benar menuntut KEMANTAPAN FIZIKAL dan MENTAL. namun begitu bukan hanya semata-mata Cabaran Rafting yang dirasai tetapi... lebih kepada cabaran Trekking Berjalan Kaki melalui Landasan Kereta Api sejauh 8KM untuk hari pertama (Stesyen HALOGILAT - RAYOH) dan 10KM lagi untuk hari kedua (Stesyen RAYOH - PANGI).

KENAPA..?

Sebab... perkhidmatan Kereta api SABAH untuk laluan ke arah itu diBATALkan... Heran juga masa ni laa perkhidmatan dibatalkan, sedangkan masa tu adalah masa puncak untuk Perayaan Krismas yang rata-ratanya penduduk di sini merayakannya.

Best memang best sebab Cabarannya berganda kali ni hehehehehe.. Menapak dilaluan landasan kereta api sejauh itu sebenarnya bukannya mudah... Di ketika inilah kami diperkenalkan kepada 1 kenderaan alternatif jika tiada kereta api.. iaitu TROLI atau lepas tu kami gelar JU'UN (bahasa Kedayan atau maknanya TOLAK dalam bahasa Malaysia). Alat inilah yang banyak membantu kami terutama membawa barang-barang dan peralatan perkhemahan kami. Dan yang pasti JU'UN ini juga berkhidmat membawa peserta hahahahaha..

Itulah penghujung Cuti-cuti Malaysia ku bersama family, kerana selalunya jika sebut Cuti-Cuti Malaysia ni..pasti anda terbayang kita bersantai senang-lenang goyang-goyang kaki di hotel atau pun resort...hehehehe. Tapi aku lain laa pula..Cuti-cuti Malaysia ADVENTURE..

*Gambar diatas adalah suasana pagi di Rayoh, yang sungguh mendamaikan..

Wednesday, August 25, 2010

31 Ogos 2010


Tarikh itu merupakan tarikh yang menjadikan kita MALAYSIA telah MERDEKA selama 53 tahun..
Bukan jangka masa yang singkat jika dihitung jumlah tahunnya...
Kepayahan untuk mendapat KEMERDEKAAN ini bukanlah sebagai cerita dongengan atau mitos yang diceritakan dari mulut ke mulut...
Ia merupakan perjuangan yang MUTLAK dan penuh likunya...

Pertahankanlah KEMERDEKAAN ini selagi Hayat di Kandung Badan...
Kemerdekaan amat besar maknanya..
TETAPI ia tidak bermakna jika kita tidak tahu MENGHARGAINYA...

Friday, July 30, 2010

Anak-anak ku...



Hari ini 30 Julai 2010..
Genaplah umur anak sulung ku Neily 12 tahun..
Aku bersyukur kepada yg Esa, kerana aku masih mampu untuk membesarkan anak-anak ku..
dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan... Aku berdoa agar kami sekeluarga akan mendapat kerahmatan dan kebahagiaan untuk selamanya...

Buat Neily anak kesayangan babah..
kuatkan semangat dan berusaha untuk terus berjaya dalam UPSR 2010..
Semoga sentiasa SEHAT SEJAHTERA dan CERIA selalu... AMIN..

Thursday, June 17, 2010

Penghujung senja...


Foto ni aku ambil di hadapan halaman rumah ku..
Sebenarnya ini adalah foto 'sunset' yang pertama ku ambil dari halaman rumah ku.
Memandangkan 'sunset' selalunya indah di pandang atau di nikmati dari kawasan pantai atau kawasan tanah tinggi (bukit, gunung dll), maka aku mengambil keputusan untuk menjadi Bunga Kertas sebagai objek foto ini dengan suasana 'sunset' sebagai latar belakang foto ini.

Sambil menikmati keindahan Bunga Kertas kita juga dapat sekali menikmati aura 'sunset' itu sendiri... Penghujung Siang Bermulanya Malam...!!!

Wednesday, June 16, 2010

Malam... di Dataran Labuan.






Mengambil foto pada waktu malam bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Bagi aku masih perlu banyak teknik yang betul perlu di pelajari...

Mungkin dengan peralatan yang aku ada sekarang menyebabkan hasil yang diperolehi masih belum boleh dibanggakan.

Sebenarnya menambil foto pada waktu malam ini memerlukan 'tripod'. Tetapi semua foto yang aku ambil ni langsung tidak menggunakan 'tripod'... hehe heh e hehe dan kena pegang kuat-kuat tanpa getaran pada kamera D60 ku.

Setting untuk Aperture dan Shutter mau kena 'ngam'... disinilah kelemahan aku hehehehehehe..
berkali-kali mencuba... Dan inilah hasilnya...

Dataran Labuan..
Merupakan salah satu tempat tumpuan warga Labuan apabila berlangsungnya acara-acara keramaian di Labuan. Daripada Sambutan Ambang Tahun Baru, Hari Wilayah, Hari Kebangsaan, Sambutan Mauludirasul semuanya diadakan di Dataran Labuan tidak kira siang atau malam.

Pendek kata Dataran Labuan telah sinonim dengan penduduk Labuan sebagai salah satu Mercu Tanda Acara Keramaian di pulau Bebas Cukai ini.


Thursday, May 27, 2010

Golden Moment...


Begitulah istilah bagi foto yang aku ambil ini..
Bagi aku ia memang 'Golden Moment'. Foto ini aku ambil pada 19 Mei 2010, selepas aku buat photo shot untuk Kursus Ikduksi, Perbadanan Labuan. Lokasi foto ini diambil (seberang jalan) di hadapan Hotel Tiara Labuan, yang sememangnya menghadap laut dan nampak Tanah Besar Sabah.

Pada mulanya aku anggap penglangi tu biasa-biasa saja tiada apa yang menarik. Ya lah..pelangi ja kan.. Namun begitu aku tertarik dengan objek yang betul-betul berada berebelahan dengan pelangi tersebut...iaitu Feri Kenderaan, Feri Wawasan. Apa lagi aku terus saja mengeluarkan D60 ku yang banyak berbakti pada hobi ku ini. dengan berbekalkan lens TAMRON yang aku ada...
capture demi capture ku ambil... sehingga Feri Wawasan tersebut benar-benar bersebelahan dengan pelangi tersebut... dan inilah hasilnya...

Kenapa aku kata Golden Moment..
kerana suasana ini mungkin hanya sekali sahaja seumur hidup kita dapat saksikan..
lebih-lebih lagi ia dapat diabadikan dalam foto....dan ia bukan foto yang DI EDIT..!!!

Apapun yang pasti ia adalah ciptaan Yang Maha Esa yang tidak ternilai indahnya...
Aku juga bersyukur kerana berjaya merakamkan foto ini...

GOLDEN MOMENT...!!!

Khazanah Flora 2 seterusnya...






Apabila dilihat secara 'detail' flora-flora ini membuatkan kita begitu teruja dengan kebesaran dan kekuasaan yang menciptanya.. Yakni Allah yang Maha Esa. Melihat betapa kerdilnya kita dengan ciptaannya yang begitu bernilai kepada ekologi alam semulajadi ciptaanNya.