Thursday, May 27, 2010

Khazanah Flora 2 seterusnya...






Apabila dilihat secara 'detail' flora-flora ini membuatkan kita begitu teruja dengan kebesaran dan kekuasaan yang menciptanya.. Yakni Allah yang Maha Esa. Melihat betapa kerdilnya kita dengan ciptaannya yang begitu bernilai kepada ekologi alam semulajadi ciptaanNya.

Khazanah Flora 2






Memang benar bila diamati keunikan dan keindahan flora ini begitu mempersonakan. Keindahan ciptaan yang Maha Esa ini memang tiada tolok bandingnya. Bagi mereka yang meminati alam flora dan mencintai Hutan Khatulistiwa seperti yang terdapat di persekitaran kita memang sesuatu yang berbaloi untuk menjaga kelangsungan kehiduapan flora-flora ini. Biarkanlah ia hidup subur untuk genarasi kita yang akan datang, agar kita sama-sama dapat menikmatinya untuk berkurun lagi.

Wednesday, April 14, 2010

Khazanah Flora (sambungan)




Biar pun mungkin tidak nampak menarik dipandang mata, kerana ia tidaklah seindah kuntum Bunga Ros dengan bauan yang wangi atau semeriah jambangan Anggerik yang beraneka warna. Janganlah kita bandingkan itu semua kerana peranannya tidak kurang hebatnya. Flora ini antara penyumbang sumber makanan kepada Fauna yang lain di dalam kehijauan hutan kita.

Memanglah flora yang ada ini tidaklah tumbuh ditaman-taman sekitar bandar yang senang dilihat, tetapi sebenarnya ia mempunyai hikmah disebaliknya. Kita perlulah masuk ke hutan untuk menikmati keindahan 'mereka ini'. Secara tidak langsung ia turut mengajak kita agar sentiasa memelihara dan mencintai HUTAN HIJAU KHATULISTIWA yang dianugerahkan kepada bumi Malaysia agar sentiasa terpelihara.



Khazanah Flora..





Flora dan Fauna..
Memang sesuatu yang bermakna dalam ekosistem alam semulajadi, lebih-lebih lagi pada masa sekarang sana-sini orang memperkatakan tentang 'pemanasan global'.

Flora walaupun pada kita ia hanya sejenis atau spesis yang tumbuhan yang kecil dan adakala tidak ingin pun kita memandangnya. Namun begitu peranannya dalam mengimbangi ekosistem hidupan semulajadi amat besar peranannya. Tidaklah saya bermaksud untuk menghuraikan itu semua tetapi memadailah jika kita dapat menghargai kewujudannya, malahan kita juga perlu sama menjaga kesinambungan 'kehidupannya'.


Wednesday, March 24, 2010

Closed-up photo (sambungan)







Closed-up photo






Mengambil photo secara dekat atau Closed-up photo memang sesuatu yang menarik, kerana kita dapat melihat sesuatu objek tersebut dengan lebih 'detail' lagi.

Ia bagai membawa kita ke alam yang lain dan kadang-kadang ia bagai suatu misteri yang perlu kita cari cerita sebenarnya..


Tuesday, March 23, 2010

2010...

Rasanya memang sudah lama aku tidak mengemaskini blog ku ini. Bukan lupa tetapi batas waktu yang membuatkan aku macam sudah lupa akan kewujudannya.

Namun begitu apa yang aku harapkan semoga 2010 ini merupakan tahun kecemerlangan dalam meniti alunan arus kehidupan seharian ku. Sesuatu telah aku laku demi untuk keselesaan keluarga ku, aku telah berjaya menambah lagi saiz rumah ku yang ada dulu.

Kini rumah ku sudah bertambah besar sedikit, bila dulu hanya 26'x25'..
Kini sudah menjadi 46'x30'
Misi ku untuk membahagiakan keluarga ku rasanya mungkin tercapai untuk 2010 ini. Rumah ku siap sepenuhnya pada 6 Mac 2010 yang lalu, Syukur Alhamdullilah.

Koleksi photo ku yg terkini akan aku up-loadkan kemudian nanti.. semestinya koleksi 2010..
nanti saja..

Cukup untuk kali ini.. hingga bertemu lagi..