Wednesday, April 14, 2010

Khazanah Flora (sambungan)




Biar pun mungkin tidak nampak menarik dipandang mata, kerana ia tidaklah seindah kuntum Bunga Ros dengan bauan yang wangi atau semeriah jambangan Anggerik yang beraneka warna. Janganlah kita bandingkan itu semua kerana peranannya tidak kurang hebatnya. Flora ini antara penyumbang sumber makanan kepada Fauna yang lain di dalam kehijauan hutan kita.

Memanglah flora yang ada ini tidaklah tumbuh ditaman-taman sekitar bandar yang senang dilihat, tetapi sebenarnya ia mempunyai hikmah disebaliknya. Kita perlulah masuk ke hutan untuk menikmati keindahan 'mereka ini'. Secara tidak langsung ia turut mengajak kita agar sentiasa memelihara dan mencintai HUTAN HIJAU KHATULISTIWA yang dianugerahkan kepada bumi Malaysia agar sentiasa terpelihara.



2 comments:

Norgadis said...

Cara pengambilan gambar yang menarik...

tudungbutul said...

terima kasih..