Wednesday, April 14, 2010

Khazanah Flora (sambungan)




Biar pun mungkin tidak nampak menarik dipandang mata, kerana ia tidaklah seindah kuntum Bunga Ros dengan bauan yang wangi atau semeriah jambangan Anggerik yang beraneka warna. Janganlah kita bandingkan itu semua kerana peranannya tidak kurang hebatnya. Flora ini antara penyumbang sumber makanan kepada Fauna yang lain di dalam kehijauan hutan kita.

Memanglah flora yang ada ini tidaklah tumbuh ditaman-taman sekitar bandar yang senang dilihat, tetapi sebenarnya ia mempunyai hikmah disebaliknya. Kita perlulah masuk ke hutan untuk menikmati keindahan 'mereka ini'. Secara tidak langsung ia turut mengajak kita agar sentiasa memelihara dan mencintai HUTAN HIJAU KHATULISTIWA yang dianugerahkan kepada bumi Malaysia agar sentiasa terpelihara.



Khazanah Flora..





Flora dan Fauna..
Memang sesuatu yang bermakna dalam ekosistem alam semulajadi, lebih-lebih lagi pada masa sekarang sana-sini orang memperkatakan tentang 'pemanasan global'.

Flora walaupun pada kita ia hanya sejenis atau spesis yang tumbuhan yang kecil dan adakala tidak ingin pun kita memandangnya. Namun begitu peranannya dalam mengimbangi ekosistem hidupan semulajadi amat besar peranannya. Tidaklah saya bermaksud untuk menghuraikan itu semua tetapi memadailah jika kita dapat menghargai kewujudannya, malahan kita juga perlu sama menjaga kesinambungan 'kehidupannya'.