Thursday, September 18, 2008

Separuh Ramadan..


Hari ni sudah 18 Ramadan, bermakna telah lebih separuh bulan ini hendak menuju penghujungnya.
Bila terbenamnya matahari maka umat Islam akan berbuka puasa, dengan itu juga bermakna bulan Ramadan Al-Mubarak ini akan meninggalkan kita.

Hari demi hari ia akan mula bergerak meninggalkan kita.
Bagi mereka yang tahu keberkatan bulan ini akan
terus merebut
peluang kerahmatan yang melimpah.

Semoga Ramadan ini membawa keberkatan dan kerahmatan dari yang Esa...
Amiinn...

Wednesday, September 10, 2008

Khazanah Laut






Batuan laut atau 'coral' memang sesuatu yang menakjubkan dan berbagai rupabentuk. Bagi sesiapa yang selalu bermain-main digigi pantai pasti selalu terserempak dengan jenis-jenis batuan yang begini.

Batu begini nampak cantik apabila kita abadikan dalam bentuk gambar. Corak bagaikan ukiran yang terdapat di batu tersebut lebih jelas apabila kita menggunakan Teknik 'Macro' atau 'Closed-up'. Kadang-kadang kita juga menjumpai seperti corak bunga pada batu-batu begini, seperti pada gambar ke-4.

Batu-batu begini bagaikan mempunyai ruang-ruang udara atau seperti 'span'. Namun begitu kita juga kena berhati-hati kerana batu begini agak kasar dan tajam. Apapun jua ia amat menarik jika ia dijadikan sebagai subjek dalam gambar kita.

SAYANGI LAUT KITA...!!!

Tuesday, September 9, 2008

untuk buah hati...






Bunga Ros memang selalunya dikaitkan dengan PERCINTAAN.
Tiba saja 14 Febuari harganya akan MELONJAK tinggi, kalau pada hari biasa sekutum hanya sekitar RM2 - RM4, tapi apabila tiba tarikh tersebut harganya mencecah RM10 sekutum.

Bagi saya tarikan utama bunga ini ialah pada baunya, yang semamangnya segar terutama pada sebelah pagi. Warna bunga ini juga berbagai dan ia mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Kalau yang merah tu Cinta Sejati macam tu laa lebih kurang (salah tolong betulkan)

Mengambil gambar bunga ros ni juga membuatkan minda kita rasa damai dan ceria.
Apatah lagi bila ia diambil ketika masih segar dan masih berada dipohonnya.

Monday, September 8, 2008

Khazanah Bumi






Labuan pada lipatan sejarahnya memang terkenal dengan Perlombongan Arang Batu, tetapi sayang ia hanya tinggal 'ristaan' sejarah sahaja. Muzium Chimney adalah satu bukti terdapatnya arang batu di muzium tersebut menceritakan segalanya.

Gambar yang saya muatkan di sini adalah bukti arang batu masih wujud di Labuan. Gambar ini saya ambil di atas sebuah bukit di Labuan. Memang jelas dari rupa betuk dan struktur batuan ini adalah arang batu, apatah lagi dengan warnanya yang hitam 'pekat' dan agak berkilat.
Namun begitu mungkin juga saya salah hehehehehe..
kerana ia jenis batu yang lain, walaupun berwarna hitam.

Jika berkunjung ke Labuan jangan lupa melawati Muzium Chimney, di Kampung Tanjung Kubong, W.P. Labuan. Disini ada semua cerita tentang ARANG BATU LABUAN.
Jangan pula anda tidak tahu di Labuan pun ada sebuah kampung yang diberi nama
KAMPUNG BATU ARANG.

PULAU LABUAN TIDAK BERBUKIT,
ADA BUKIT DI BATU ARANG,
BUDI TUAN BUKAN SEDIKIT,
DARI DAHULU HINGGA SEKARANG.

Friday, September 5, 2008

Flying Boat






Walaupun dengan peralatan kamera yang standard tetapi kita masih boleh mengambil gambar yang bergerak pantas. Terutama pada acara-acara sukan sebegini. Apa yang penting kita hanya perlu tahu akan teknik yang betul dan posisi kita mengambil gambar tersebut.

Gambar diatas saya ambil di Kota Kinabalu, Sabah ketika berlangsung Perlumbaan Power Boat

Bunga api...






Mengambil gambar BUNGA API, memerlukan kesabaran dan kejituan yang tepat bila harus kita perlu menekan punat kamera kita.

Tapi percayalah kita akan tetap berpuas hati bila kita berjaya merakamnya..

Ikatan kasih...






Alam semulajadi dapat mengilhamkan kita untuk memotivasikan
diri dalam hubungan sesama insan.
'Ikatan Kasih' adalah sesuatu yang normal tertadapat
dalam diri manusia.
Namun begitu ia perlulah sentiasa di'bajai' dengan sumber-sumber yang 'segar' lagi ikhlas.
Salah satu sumber itu ialah alam semulajadi yang berada disekeliling kita, yang penting kita hanya perlu peka terhadap persekitaran.

Gambar Closed-UP






Kesemua gambar-gambar ini diambil dengan teknik MAKRO atau CLOSED-UP. Kamera Digital sekarang pasti mempunyai MODE ini sebagai fungsi yang 'standard'. Anda hanya perlu pilih simbol bunga TULIP di kamera anda maka anda akan mendapat hasil gambar-gambar yang menarik dengan berbagai objek. Teknik mengambar cara dekat ini lebih memperhalusi 'detail' sesuatu objek yang anda pilih.

Teknik ini membuatkan anda bagai berada di suatu alam yang baru, apabila melihat hasilnya.

Hitam putih kehidupan..



Gambar-gambar yang diambil dengan teknik HITAM PUTIH mempunyai nilainya yang tersendiri. Ia kelihatan lebih klasik. Tapi saya jarang menggunakan teknik ini kerana ia memerlukan subjek yang sesuai barulah ada ummpphh..!! nya hehehehehe..

sunrise... matahari terbit..!!




Merakamkan gambar matahari terbit atau 'sunrise' sesuatu yang amat mengasyikan. Namun begitu kita kena perlu 'rajin'. Kenapa perlu rajin? heheheehhehehehehe....

Kerana kita kena perlu bangul awal pagi.... hehehehehehehe

gambar yang saya paparkan ni ada yang saya ambil di Labuan dan ada yang saya ambil di kawasan tanah tinggi (gambar ke-3). Gambar tersebut saya ambil di Mansilau, Kundasang, Sabah.

Manakala gambar ke-2 pula saya ambil dari Pulau Kuraman, Labuan. Ketika tu saya dan rakan sedang memancing disana.

Thursday, September 4, 2008

Aktiviti Berkayak






Salah satu aktiviti rekreasi yang saya minati ialah BERKAYAK... Saya pernah menyertai program berkayak bermula dari Kota Kinabalu, Sabah hingga ke Labuan (sekitar penghujung tahun 90-an)

Saya juga pernah berkayak dari Labuan ke Sipitang, Sabah dan kembali semula ke Labuan. Begitu juga dari Labuan ke Negara Brunei Darussalam dan kembali semula ke Labuan.
Aktiviti ini amat memerlukan tenaga yang banyak dan SEMANGAT juang yang tinggi tanpanya pasti kita akan gagal menuju destinasi yang sebenar. Kecekapan dalam 'navigator' (panduarah) juga amat diperlukan disamping tahu membaca arus di lautan.

Street Photo






Mengambil gambar secara spontan atau pun 'candid' merupakan pengalaman yang amat menyeronokan, terutama apabila kita dapat merakam 'suasana kehidupan' itu sendiri.
Tetapi harus diingat mengambil gambar spontan begini harus ada etikanya. Jika tujuan anda untuk mengambil gambar tersebut semata-mata untuk mengaibkan seseorang baik jangan lakukan atau pun gambar tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang baik fikir dua kali untuk anda meneruskan niat itu.

Gambar-gambar yang diambil banyak menceritakan suasana persekitaran di mana gambar itu diambil. Ia boleh menjadikan kita sentiasa tertanya-tanya dan boleh 'mengolah' cerita disebaliknya, mengikut daya kreativiti seseorang.