Thursday, September 4, 2008

Bermulanya disini..

Mengambil gambar adalah suatu hobi yang amat menyeronokan. Hobi ini membuatkan kita rasa banyak cerita yang dapat diilhamkannya.

Tidak kira apa jua suasana yang anda 'tangkap' dari kamera anda panorama, majlis, sedih, ceria dan macam-macam lagi. Ia menjadikan anda sebagai 'saksi' utama / pertama tentang sesuatu kejadian, apatah lagi anda telah dapat merakamkannya.

Minat dan Hobi inilah yang membuatkan saya terpanggil membuat blog ini untuk dapat kita kongsi bersama koleksi-koleksi foto yang saya ada. Manalah tahu ia dapat memberikan sumber insperasi kepada anda semua.

Kerana foto / gambar mempunyai cerita disebaliknya mengikut tafsiran individu yang pastinya berbeza. Apa pun semoga blog saya ini dapat memberi menafaat kepada anda semua dansudah pasti foto / gambar yang saya muatkan disini adalah benar-benar ASLI dari kamera saya.

No comments: