Thursday, December 30, 2010

Penghujungnya...COTI-COTI..!!!




Lama benar aku tidak update Blog ku ni..
Semenjak Ogos lepas baru inilah aku log in semula hheeheheh..
Jika dikatakan tidak punya masa... tidak juga... tapi ya laa kan.. masing-masing punya 'mood' yang berbeza-beza.. Tapi jika FB aku selalu laa update hehehehe..

Apa cerita dipeghujung 2010 ni... Esuk 31 Disember 2010, PM kita beri Cuti Umum di atas kejayaan Skuad Harimau Malaysia menumpaskan Garuda Indonesia dengan agreget 4-2. Tahniah..!! Sekarang barulah Team Bolasepak Kebangsaan makin di hormati dan makin di sayangi oleh Rakyat Malaysia, yang pasti Ranking Malaysia di FIFA akan melonjak naik.

Okeh..!! itu cerita bola..
Pada 24-26 Disember yang lepas, sempat juga aku membawa family bercuti-cuti Malaysia bersama rakan-rakan PENGEMBARA. White Water Rafting itulah aktiviti Cuti-Cuti Malaysia ku kali ni. Bertempat di Sungai Padas, Tenom Sabah.

Kami seramai 22 orang telah mengharungi cabaran yang benar-benar menuntut KEMANTAPAN FIZIKAL dan MENTAL. namun begitu bukan hanya semata-mata Cabaran Rafting yang dirasai tetapi... lebih kepada cabaran Trekking Berjalan Kaki melalui Landasan Kereta Api sejauh 8KM untuk hari pertama (Stesyen HALOGILAT - RAYOH) dan 10KM lagi untuk hari kedua (Stesyen RAYOH - PANGI).

KENAPA..?

Sebab... perkhidmatan Kereta api SABAH untuk laluan ke arah itu diBATALkan... Heran juga masa ni laa perkhidmatan dibatalkan, sedangkan masa tu adalah masa puncak untuk Perayaan Krismas yang rata-ratanya penduduk di sini merayakannya.

Best memang best sebab Cabarannya berganda kali ni hehehehehe.. Menapak dilaluan landasan kereta api sejauh itu sebenarnya bukannya mudah... Di ketika inilah kami diperkenalkan kepada 1 kenderaan alternatif jika tiada kereta api.. iaitu TROLI atau lepas tu kami gelar JU'UN (bahasa Kedayan atau maknanya TOLAK dalam bahasa Malaysia). Alat inilah yang banyak membantu kami terutama membawa barang-barang dan peralatan perkhemahan kami. Dan yang pasti JU'UN ini juga berkhidmat membawa peserta hahahahaha..

Itulah penghujung Cuti-cuti Malaysia ku bersama family, kerana selalunya jika sebut Cuti-Cuti Malaysia ni..pasti anda terbayang kita bersantai senang-lenang goyang-goyang kaki di hotel atau pun resort...hehehehe. Tapi aku lain laa pula..Cuti-cuti Malaysia ADVENTURE..

*Gambar diatas adalah suasana pagi di Rayoh, yang sungguh mendamaikan..