Monday, January 12, 2009

Sunset 2009


Ini adalah foto SUNSET pertama saya untuk tahun 2009.
Apa yang menarik saya rasakan ialah lokasi saya mengambil foto ini, kerana sering kali kita beranggapan bahawa SUNSET hanya indah dilihat apabila kita berada ditepian pantai.

Jika di Labuan persisiran pantai UMS / Sg. Pagar, Pantai Taman Damai Layang-layangan, Pantai Pancur Hitam dan Pantai Batu Manikar adalah lokasi yang sering dikaitkan apabila ingin melihat sunset. Terbenamnya matahari memang amat mengasyikkan untuk kita nikmati, tambah-tambah lagi jika bersama orang yang tersayang, 'aroma' atau 'aura' romantis akan membuatkan kita bahagia. Namun begitu bagi saya 'menghirup' aroma sunset ini tetap indah walau dimanapun, kerana semua itu bergantung kepada cara kita menghayatinya.

Bagi mereka yang minat mengambil foto, susnet ini juga adalah sebahagian daripada objek yang begitu menarik untuk dirakamkan, adunan warna yang mendamaikan dengan warna kuning keemasan ia sungguh indah untuk dirakamkan.
Tidak hairanlah bagi mereka yang sudah 'pro' (bukan macam saya heheh..) dalam dunia fotografi, menjadikan subjek sunset ini sebagai satu sentuhan yang boleh mendatangkan sumber pendapatan yang agak lumayan.

Kembali kepada lokasi sunset saya kali ini, saya merakamkannya ditengah-tengah Pulau Labuan, pun begitu sunset masih boleh dinikmati dengan begitu indah sekali. Dengan cuaca yang agak baik pada petang itu, saya dapat merakamkannya ditambah dengan kawasan tasik sebagai pelengkap foto sunset saya kali ini.

Anda nak tahu lokasi saya merakamkan foto ini..?
Mungkin ada yang sudah mengenali tempat ini. Tapi tidak menghairankan juga jika ada beranggapan bahawa kawasan ini bukan di Labuan (mungkin sahaja)
Biarlah saya tinggalkan dengan teka-teki ini,
anda carilah sendiri lokasi foto ini dirakamkan,
anda boleh memberi jawapannya diruangan 'komen' dibawah ini..
Tahniah kepada mereka yang tahu lokasinya.
Anda memang prihatin terhadap Pulau Labuan.

Tetapi.. yang pasti ia tetap di Labuan, pulau yang tercinta ini.

Friday, January 9, 2009

Tahan Lasak...






Jangan ikut aksi ini jika anda masih sayangkan 4WD anda..

Cabaran yang dinantikan..





Teruskan aksi..






Lihatlah aksi-aksi HARDCORE 4WD Labuan.

Aksi-aksi 4WD Labuan.






Trek 4WD Kg. Durian Tunjung, satu-satunya trek 4WD yang terdapat di W.P. Labuan
disinilah pemilik-pemilik HARDCORE 4WD Labuan menunjukkan kepakaran atau 'skill' masing-masing

Selalunya aksi-aksi begini dapat disaksikan pada setiap hari Ahad sekitar jam 3.00ptg hingga 6.00ptg. Menarik rasa teruja melihat aksi-aksi lasak begini.

Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru 2009






Berakhirnya detik 12.00 malam pada 31 Disember 2008.
Maka bermulalah era Tahun 2009 menjelma.
Semoga Tahun 2009 ini memberikan
kebahagian dan kerahmatan kepada kita semua.
Aminn..!!